Skip to main content

Ulasan filem Little Women oleh Greta Gerwig (2019) - Review

Saya baru sahaja menonton filem Little Women yang diarahkan oleh Greta Gerwig di Netflix.  Agak ketinggalan keretapi juga saya nampaknya kerana filem ini keluar tahun lepas, dan novel Little Women oleh Louisa M. Alcott adalah novel kegemaran saya sejak sekolah rendah lagi.  Filem ini berdasarkan novel Little Women dan Good Wives.   Saya rasa saya takut jika saya hampa apabila menonton filem versi Greta Gerwig -- pembaca novel kadang-kadang ada expectation yang sangat tinggi apabila novel kegemarannya difilemkan.  Fortunately untuk saya, filem ini sangat-sangat hampir dengan apa yang saya bayangkan apabila saya membaca novel asalnya.

Novel ini berdasarkan kehidupan sebenar Louisa M. Alcott dan keluarganya yang digambarkan oleh watak utama novel ini, Jo (atau Josephine March).  Ia menceritakan tentang kehidupan keluarga Alcott yang agak susah (sebelumnya mungkin mereka dari keluarga yang senang) kerana kepergian bapa Jo di medan perang.  Dalam kesusahan mereka, mereka masih meraikan suasana kekeluargaan dan share rezeki dengan mereka yang memerlukan, dan ini menarik minat jiran mereka Laurie dan datuknya.

Saya tertarik dengan penceritaan Greta Gerwig yang membuat timeline yang melompat antara Jo sebagai seorang dewasa dan Jo tujuh tahun sebelumnya di alam remaja.  Ini memberi ruang untuk penceritaan tentang bagaimana novel ini diterbitkan. cara direction yang lain oleh Greta Gerwig yang menunjukkan bahawa Louisa M. Alcott dipaksa oleh publishernya untuk 'mengahwinkan' watak Jo kerana tiada pembaca novel yang mahu watak utama menjadi anak dara tua, walaupun sebenarnya Alcott tidak pernah berkahwin.  Saya ketawa besar melihat adegan ini kerana saya rasa it still applies today.  Saya juga berminat dengan cara Jo ditampilkan fighting for her copyright and her right to publish.  Dalam erti kata lain, Greta Gerwig menampilkan elemen feminism dalam filem ini.

Apa yang sangat menyerlah dalam filem ini adalah casting yang tepat dan menarik.

Watak Amy, adik bongsu kepada protagonis Jo (Josephine) March, ialah watak yang sangat menyerlah dalam filem ini.  Watak ini dilakonkan oleh Florence Pugh, yang juga berlakon dalam filem horror/thriller Midsommar, yang saya masih belum tonton.  Walaupun Florence Pugh nampak terlalu tua untuk melakonkan watak Amy semasa flashback (7 tahun sebelumnya), tetapi mannerismnya berjaya meyakinkan saya bahawa wataknya dalam usia awal remaja.  Jika saya bandingkan dengan filem Little Women sebelum ini, watak Amy dilakonkan oleh Kirsten Dunst pada usia awal remaja, dan Samantha Mathis pada usia dewasa.  Watak Amy yang dilakonkan oleh Samantha Mathis bagi saya tidak meyakinkan dan tenggelam jika dibandingkan dengan Kirsten Dunst.  Bagi saya, apabila Florence Pugh melakonkan Amy pada kedua-dua time period tersebut, terserlah kesinambungan watak Amy yang outspoken di zaman awal remaja dan dewasanya.

Watak Jo yang dilakonkan oleh Saoirse Ronan 'sebijik' macam di dalam novel.  Nampaknya watak yang dilakonkan oleh Winona Ryder dalam filem Little Women sebelumnya tenggelam terus dek kehebatan Saoirse Ronan.  Apa yang saya minat dalam pembawaan Saoirse Ronan adalah cara Ronan menunjukkan dirinya fearless dan no hesistation, yang saya dapati tiada dalam pembawaan Winona Ryder yang saya rasa lebih timid.  

Watak Laurie yang dilakonkan oleh Timothee Chalamet kemungkinan besar lebih berimpak berbanding yang dilakonkan oleh Christian Bale.  Selain penampilan fizikal Chalamet yang lebih menepati watak yang saya bayangkan dari novel, saya juga agak turned off dengan filem pertama yang menampilkan watak Laurie dan Jo berkucupan... yang langsung tidak perlu dan bagi saya agak keterlaluan untuk time period tersebut. Selain itu, saya rasa Chalamet dan Bale hebat dalam versi masing-masing. 

By the way, tiada adegan romantik keterlaluan dalam filem ini!  Sangat refreshing untuk filem Hollywood.

Selain Chalamet dan Bale, Laura Dern sebagai ibu sama hebatnya seperti Susan Sarandon dalam filem sebelumnya.

Sekadar kritikan, saya kurang berkenan dengan Emma Watson sebagai Meg.  Sisi tegas Meg hilang dan tenggelam dek Emma Watson dikelilingi oleh Saoirse Ronan dan Florence Pugh, walaupun sebenarnya Meg di dalam novel agak dominan.  Saya lebih suka lakonan Trini Alvarado dalam filem Little Women yang sebelumnya.  Malangnya untuk Emma Watson, saya juga tidak berkenan dengan lakonannya dalam Beauty and the Beast.  Strike two.

Saya tidak mengkritik Beth yang sekarang, tapi saya lebih suka watak Beth yang sebelumnya, yang dilakonkan oleh Claire Danes.  Bagi saya, watak Beth lebih menyerlah dalam filem Little Women sebelumnya, walaupun saya masih menangis apabila watak Beth meninggal dunia dalam filem oleh Greta Gerwig ini.

Saya rasa jika anda pernah menonton filem Little Women zaman 90an, mungkin susah untuk elak perbandingan dengan Little Women dari Greta Gerwig.  Saya rasa persepsi zaman 90an dan zaman sekarang berlainan, maka interpretasinya berlainan.  Dari segi nostalgia, saya suka Little Women lakonan Winona Ryder.  Tapi dari segi mesej, saya lebih suka Little Women lakonan Saoirse Ronan.

Comments