Bila sudah sampai tahap ini, saya rasa bosan bila membaca respon pihak sana kalau saya dan Mr Hubby bertanya soalan.
Pertama kali saya bertanya soalan melalui emel kepada Pejabat Visa Canada, mereka jawab soalan saya berdasarkan apa yang ada dalam laman web mereka.
Kali kedua: mereka masih menjawab soalan berdasarkan apa yang ada dalam laman web. Soalan yang lebih spesifik masih tidak dijawab.
Yang terbaru ini, saya bertanya tiga soalan kepada pihak polis di sana, yang hanya dijawab dengan petikan dari laman web mereka.
Pada hemat saya, orang Canada pandai menjawab soalan tetapi masih tidak menjawab persoalan. Mereka hanya quote benda yang sama dalam laman web.
Mungkin cara kerja mereka adalah jangan jawab soalan secara spesifik kalau tak tahu... Tapi kalau dari persepsi kami yang di luar negara Canada, cara ini memang menyusahkan, lagi-lagi dalam situasi pandemik ini di mana semuanya bergerak perlahan seperti siput.
Bila dah hampir putus asa, terpaksalah kami bertanya pada pegawai pascasiswazah di sana, yang rasanya bertanya soalan sama (tetapi mungkin in person atau melalui telefon), maka kami dapat jawapan yang betul.
Manakala tentang permohonan visa kami sekeluarga, saya terpaksa merujuk kepada forum Canada Visa dan mencari solusi di situ. Takkan nak tanya pegawai pascasiswazah tentang visa anak, betul tak. Take the forum with a grain of salt: permohonan visa dari India tidak sama dengan dari Malaysia. Sesetengah forumer juga berlebih-lebih bercerita tentang pengalaman mereka.
The cherry on top of the pie is... aplikasi laman web pihak polis Toronto mengalami masalah maka kami terpaksa hantar permohonan Carian Rekod Jenayah melalui pos biasa sahaja. Sempat ke tak sempat hantar kepada kolej untuk lesen perubatan, kami hanya berserah kepada Allah SWT.
Comments
Post a Comment