Saya baru sahaja menonton filem Little Women yang diarahkan oleh Greta Gerwig di Netflix. Agak ketinggalan keretapi juga saya nampaknya kerana filem ini keluar tahun lepas, dan novel Little Women oleh Louisa M. Alcott adalah novel kegemaran saya sejak sekolah rendah lagi. Filem ini berdasarkan novel Little Women dan Good Wives. Saya rasa saya takut jika saya hampa apabila menonton filem versi Greta Gerwig -- pembaca novel kadang-kadang ada expectation yang sangat tinggi apabila novel kegemarannya difilemkan. Fortunately untuk saya, filem ini sangat-sangat hampir dengan apa yang saya bayangkan apabila saya membaca novel asalnya. Novel ini berdasarkan kehidupan sebenar Louisa M. Alcott dan keluarganya yang digambarkan oleh watak utama novel ini, Jo (atau Josephine March). Ia menceritakan tentang kehidupan keluarga Alcott yang agak susah (sebelumnya mungkin mereka dari keluarga yang senang) kerana kepergian bapa Jo di medan perang. Dalam kesusahan ...